top of page

Biryani Amal

Sat, 19 Jul

|

Masjid Darul Ghufran

Setalam nasi biryani bukan sekadar hidangan, tapi lambang kebersamaan dan keikhlasan. PERTAPIS mengajak anda menyertai usaha pengumpulan dana Biryani Amal untuk menghidupkan kembali semangat gotong-royong. Dana yang dikumpul akan disalurkan kepada program-program kebajikan PERTAPIS.

Tickets are not on sale
See other events
Biryani Amal
Biryani Amal

Time & Location

19 Jul 2025, 12:00 pm

Masjid Darul Ghufran, 503 Tampines Ave 5, Singapore 529651

About the Event

Sama ada anda memilih untuk menikmati hidangan bersama keluarga tersayang atau menaja hidangan Biryani untuk penghuni rumah kebajikan PERTAPIS ('Pay-It-Forward'), setiap sumbangan anda membawa sinar kebahagiaan kepada mereka yang memerlukan.

🍴Biryani Set: Setiap set mengandungi pilihan Nasi Biryani Kambing atau Ayam dari Hamidah’s Kitchen, Acar Buah, Dalcha dan minuman.

📍Collection Details: Masjid Ghufran | 19 July Saturday | 12pm - 2pm


Menyumbang Sambil Menimba Ilmu! (Sold Out)

Nikmati diskaun $5 apabila anda membeli Biryani Amal bersama tiket Kasih Antara Usia!
Nikmati diskaun $5 apabila anda membeli Biryani Amal bersama tiket Kasih Antara Usia!


Forum ini membincangkan sejauh mana kasih sayang adik-beradik merupakan satu anugerah semula jadi atau sesuatu yang perlu dibina dan dijaga. Panel akan mengupas peranan keadilan ibu bapa, komunikasi, sokongan emosi serta cabaran seperti perebutan harta yang sering meretakkan hubungan kekeluargaan. Perbincangan turut merujuk kepada kisah dalam al-Quran seperti Nabi Yusuf dan Qabil-Habil sebagai pengajaran, serta panduan Islam dalam memperbaiki dan mencegah perpecahan sesama adik-beradik. 


Bersama ahli panel yang berpengalaman, Ustazah Shameem Sultanah dan Ustaz Syakir Pasuni, serta dikendalikan oleh moderator Marina Yusoff.


Untuk pembelian tiket Forum Kasih Antara Usia sahaja, sila layari pautan ini: KASIH ANTARA USIA


Share This Event

bottom of page