top of page
KAU25__banner_02 2.jpg

Kasih Antara Usia: Kasih Sayang Adik-beradik: Anugerah atau perlu diusahakan? 

📍: Masjid Darul Ghufran

🕒 : 10:00am - 1:00pm

📝: Pendaftaran mulai jam 9.30am

 

“Air dicincang tidak akan putus” - satu peribahasa yang sering disebut apabila berbicara tentang hubungan adik-beradik. Namun, sejauh mana ia menggambarkan realiti sebenar dalam kehidupan kita? Adakah kasih sayang adik-beradik itu sebuah anugerah, atau sesuatu yang perlu dibina, dipelihara dan diusahakan sepanjang hayat?

 

Forum ini membincangkan sejauh mana kasih sayang adik-beradik merupakan satu anugerah semula jadi atau sesuatu yang perlu dibina dan dijaga. Panel akan mengupas peranan keadilan ibu bapa, komunikasi, sokongan emosi serta cabaran seperti perebutan harta yang sering meretakkan hubungan kekeluargaan. Perbincangan turut merujuk kepada kisah dalam al-Quran seperti Nabi Yusuf dan Qabil-Habil sebagai pengajaran, serta panduan Islam dalam memperbaiki dan mencegah perpecahan sesama adik-beradik. 

 

Bersama ahli panel yang berpengalaman, Ustazah Shameem Sultanah dan Ustaz Syakir Pasuni, serta dikendalikan oleh moderator Marina Yusoff.

 

Sesuai untuk mereka yang ingin memperbaiki atau memahami lebih mendalam dinamika hubungan adik-beradik.

 

Jangan lepaskan peluang ini untuk melangkah ke arah hubungan keluarga yang lebih harmoni dan penuh kasih sayang. Daftar sekarang dan sertai kami dalam acara Kasih Antara Usia!

Menyumbang Sambil Menimba Ilmu!

Nikmati DISKAUN $5 dengan harga promosi istimewa hanya $30 apabila membeli Set Biryani Amal bersama tiket Kasih Antara Usia!

Acara forum ini turut memberi peluang untuk anda berbuat kebaikan melalui inisiatif Biryani Amal.

Setiap set mengandungi pilihan Nasi Biryani Kambing atau Ayam dari Hamidah’s Kitchen, Acar Buah, Dalcha dan minuman. Anda juga boleh sumbangkan hidangan Biryani untuk penghuni rumah kebajikan PERTAPIS secara 'Pay-It-Forward'.

'Pay-It-Forward' ini hanya untuk hidangan Biryani Amal dan tidak termasuk tiket forum sebagai sumbangan.

COMBO_AD_KAU.jpg

HELP US
RAISE
MONEY

MAKE A
MONTHLY
DONATION

bottom of page