Forum ini membincangkan sejauh mana kasih sayang adik- beradik merupakan satu anugerah semula jadi atau sesuatu yang perlu dibina dan dijaga. Panel akan mengupas peranan keadilan ibu bapa, komunikasi, sokongan emosi serta cabaran seperti perebutan harta yang sering meretakkan hubungan kekeluargaan. Perbincangan turut merujuk kepada kisah dalam al-Quran seperti Nabi Yusuf dan Qabil-Habil sebagai pengajaran, serta panduan Islam dalam memperbaiki dan mencegah perpecahan sesama adik-beradik.
Bersama ahli panel yang berpengalaman, Ustazah Syariati, Ustaz Fizar, Sofi serta dikendalikan oleh moderator Dyn Norahim.
Sesuai untuk mereka yang ingin memperbaiki atau memahami lebih mendalam dinamika hubungan adik-beradik.
Kasih Antara Usia 2026
Kemasukan termasuk tiket acara, jamuan ringan, dan bahan rujukan.

